Pindah

No comment »

manusia mudah bosan.

Salam wrt.

Demi Die yang memiliki kekuatan dan demi Dia yang maha mengetahui..

Sape tak happy kalau dapat something baru kan? Baju, handphone, beg, kawan, dan macam-macamlah. Tapi yang baru itu tidak kekal baru. Suatu hari nanti ia akan menjadi barang yang lama. Dan yang cantik juga tidak kekal cantik. Suatu hari nanti ia akan lusuh jua.

Kerana itu kita selalu mengupdate fashion, style,lagu, movie,mempelbagaikan lauk dan etc. Hakikat manusia yang sentiasa inginkan kelainan. Walaupun sesuatu perkara itu masih boleh diguna pakai, namun ianya sudah muak digunakan. Rasa jemu dan perasaan mencuba sesuatu yang baru sentiasa melonjak-lonjak di hati. Aduhai, dunia ini memang melelahkan sekiranya kita mengejarnya. Bagaikan tiada penghujung.

Namun, ada satu perkara lagi yang saya takut diri ini bosan melakukannya. Setiap hari kita melakukan ibadah yang sama. Setiap minggu juga kite berusrah dengan keadaan yang sama. Mendengar peringatan yang diulang dan diulang. Dan terkadang ibadah itu hanya menjadi perkara rutin sahaja. Ianya ‘kering’ tanpa dapat mengubah dan menyentuh ruhaniah..

Hati kecil ini bertanya, ‘Adakah kita akan bosan dengan hidayah Allah juga?’

Kepada Alah sang pemilik hati dan kepada Dia yang meletakkan rasa suka pada Islam, terimalah amal dari kami. Sungguh Engkaulah yang maha mendengar, maha mengetahui. Ya tuhan kami, jadikanlah kami orang yang berserah diri kepadaMu dan anak cucu kami juga umat yang berserah diri kepadaMu dan tunjukkanlah kami cara2 melakukan ibadah kami, dan terimalah taubat kami. Sungguh Engkaulah yang maha penerima taubat, maha penyayang..(2:127-128) 

Namun, doa itu tidak cukup. Kerana itu, kita harus berusaha untuk mengupdatekan ibadah2 kita. Memperbaiki dan mempelbagaikan. Sehingga kita sendiri merasa perasaan ‘asyik’ melakukannya. Apapun kene luruskan niat hati dulu. Pesanan ni sebenarnya khas untuk diri ini. Kerana lately ni, terkadang saye merasakan ibadah yang dilakukan seolah-olah kering. Tidak menyentuh hati.(T_T). Mathurat yang dipertuturkan bagaikan melepaskan batuk di tangga. Al-fatihah yang dibaca bagaikan sedang berbicara seorang diri. Ruhaniah saye menanti-nantikan  makanan yang berkualiti. Astaghfirullah.  Saye sedang memperbaiki diri. Sungguh medan kata ini memang mudah daripada medan amal.

“Aisyah r.a berkata: Ketika Nabi masuk ke rumah kami bertepatan ada seorang wanita. Nabi bertanya: Siapakah wanita itu? Jawab Aisyah: Ini Fulanah yang terkenal ibadat sembahyangnya banyak sekali. Maka sabda Nabi: Mah (kata yang menyatakan kurang senang), hendaknya kerjakan sekuat-kuatnya saja, dengan tidak memaksa diri, maka Allah tidak akan jemu menerima amalmu sehingga kamu jemu beramal. Dan kelakuan agama yang lebih disukai oleh Allah ialah yang dapat dikerjakan terus-menerus.”

(HR Bukhari dan Muslim)

Izinkan saya imbas kembali bahawa manisnya iman itu akan dirasa jika kita,

1)Cintai Allah dan RasulNya

2)Cinta sesama insan kerana Allah

3)benci kepada kekafiran sesudah Allah menyelamatkannya.

Hidup ini penuh dengan warna, jika kita pandai mencorakkannya. Jom memaknakan hari-hari kite dengan melamar redha Allah! Moga Dia meletakkan rasa manis dan lazatnya bercinta denganNya.=))

 Pst: Hm,announcement…iAllah ini post terakhir kerana sy sudah berhijrah ke laman ini ~dakwat hati….. Mungkinkah sy bosan dengan blog ini??

Wa’Allahualam….

No comment »

Snowing:D

Salam wrt,

Alhamdulillah, hari ini aku lebih bertenaga selepas beberapa hari menanggung demam yang agak pelik=)..Moga Allah letakkan sabar yang tiada batasan dan moga Allah campakkan benih2 ikhlas dalam hati ini… 

snowing lagi?

snowing lagi?

Hari ini dah masuk 25 Mac, tp kat nizhny masih lagi snowing..huhu…( mengeluhkah aku di atas rahmatNya ini?)..Teringat aku pada suatu ketika, aku sangatlah happy kerana hari tersebut cuaca sangat baik di pagi hari. Suhu sudah mula naik. Hatiku melonjak riang kerana bolehla aku keluar jog dan jalan2 di park. Tak sabar menunggu salji mahu cair.hehe. Tatkala aku melangkah keluar pada hari itu, mataku dikejutkan dengan ketulan2 salji turun dengan indahnya. Terpana aku seketika. Oh,sungguh kite bole predict apa sahaja yang akan berlaku tetapi sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik… Terasa seakan Allah sedang menegurku.Terima kasih ya Rabb….

Aku menghitung kembali, tiada apa yang perlu dikeluhkan dengan salji yang turun. Mereka mengikut sunnatullah. Dan tiap kali salji turun, aku selalu terpesona dengannya.(hehe.hati jiwang)..Seriously, salji itu mengingatkan aku kepada Dia. Halusnya sentuhan dari maha berkuasa. Ia seolah-olah berbisik. Subhanallah! Dan aku pula terharu kerana menjadi orang yang terpilih. Yup,kite adalah orang2 yang terpilih menikmati salji ini. Tak semua orang dapat rasa nikmat ni. Syukur ya Rabb….Ampunkan hambaMu yang hina yang seringkali lupa untuk mengucapkan alhamdulillah…

 Pst~~>kat sini aku ingin dedikasikan sebuah lagu kepada sesiapa je la…hehe..sebab aku sangat tersentuh dengan lagu ni bile ujian2 tu menimpaku…SILA KLIK

Comments (3) »

Keep it up!

Salam wrt..

adikku…

kamu betul-betul buat uteh tersenyum dari jauh=)

kamu buatkan rindu uteh semakin kuat, heheh…(homesick plak)

Moga Allah sentiasa permudahkan urusanmu…

Keep build your confidence! Hmm…tade pape uteh dapat beri dan luah melainkan just for your information, adik telah buat hati uteh tersenyum lebar ni…:D.

Be good girl~~V
Be a good girl~~V

Congrats and keep it up! Goodluck in everything you do. Insya Allah,i’ll always pray for u….=)

 

No comment »

Malunye…

“Sesungguhnya Allah itu Maha Malu, lagi Maha Penderma. Dia malu untuk menolak seseorang yang mengangkat tangannya (untuk meminta kepadaNya) sehingga kembali dalam keadaan yang hampa, sia-sia…..”

HR Tirmidzy~

Comelnye hadis ni…=). Sungguh Allah itu maha merindukan rintihan hambaNya yang berpanjangan. Jangan pernah jemu berdoa sebab yakinlah Allah akan tunai kan yang terbaik pada hambaNya kerana Allah Maha Malu untuk mensia-siakannya. Dialah Raja kite yg sangat best!

~Put trust in Allah 100%~:D

Comments (2) »

Bangkitlah hati….

Ya Allah,aku bertanya kepadaMu,”apekah ini semua???” peritnye…..

Astaghfirullah,ketepikan perasaan ini. Pasti Allah sedang mendidik kenyataan “erti hidup untuk memberi”…yakin setiap itu terbaik wahai Fatimah Othman. Buku “Hari-hari dalam Hidupku” banyak mengajar untuk diri ini juga menhadapi hari-hariku yg mendatang. Sungguh Zainab Al-Ghazali adalah logam, dan akidahnye telah melebur ke hati ini walaupun sedikit, dan pasti ia juga akan melebur ke setiap insan yang membaca kisahnya.

“……….mereka tidak lemah kerana bencananya yang menimpa di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak pula menyerah kepada musuh. Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar” (3:146)

Satu ayat cinta menyentuh hati ini…huhu.sabar sentiasa=)..Barula boleh jadi kekasih Allah.

Izinkan diri ini berkongsi,

hati-hati ini di jari-jemari Ar-Rahman
hati-hati ini berada di genggaman jari-jemari Ar-Rahman

“Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah azza wajalla.

Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah berserta ketulusan hubungan denganNya. Pun di dalam hati ada sebuah kegelisahan itu menuju Allah…

Di dalam hati juga terdapat suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti sehinggalah Allah menjadi satu-satunya tujuan tunggal. Di dalam hati juga ada suatu keperluan yang tak akan terpenuhi kecuali dengan cintaNya, mengingatiNya, berserta keikhlasan yang tulen terhadapNya. Bahkan jika hati ini diberi dunia seluruhnya berserta segala isinya, keperluan tersebut tetap tidak akan terpenuhi tanpa mengharap penuh Allah azza wajalla” (Ibnul Qayyim al Jauzi r.h.)

 

Comments (1) »

salam syg,

salam syg sahabiahku….sahabiah-sahabiahku…dan juga diriku sendiri.

ingin ku perdengarkan semula ayat cinta dari kekasih agung kite, Die yang tak pernah tinggalkan kite, Die yang paling memahami kite. Dan sungguh Dia maha halus dengan susunanNya. Tidak ada yang mungkin itu lebih baik dari apa yang telah berlaku.

“Janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi(derajatnya) jika kamu orang yang beriman. (Al-Imran:139).

Allah sedang menguji ukhuwah kite. Menguji sejauh mana kuatnya tali iman ini. Kadangkala diri ini lemah, maka ada saje utusan Allah yang menguatkan semula, dan adakala kamu juga lemah, iAllah diri ini atau seseiapa saja cuba untuk menguatkannya.

“Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang2 yang sabar”(Al-baqarah:155)

Sungguh kite telah merasakan ujian dariNya. Inilah die cabarannya…Mari kite same menempuh dan saling menguatkannya dengan sabar. Mungkin dari sinilah timbulnya kekuatan2 yang luar biasa.

Allah itu sedang berbicara dengan kita tentang ikhlas dan sabar. Allah sedang mendidik kita untuk menguatkan rasa tawakal kepadanya. Allah sedang merawat hati yang kotor agar ia benar2 bersih tatkala kite kembali kepadaNya.

Mungkin aku tidak manis berbicara dan juga tidak mahir berpujangga. Namun inilah yang ada pada diri yang ingin aku kongsikan dari hati. Ayat cinta dariNya yang seringkali memujuk dan menenangkan jiwa.

“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya, maka masuklah ke dalam golongan hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu.”(Al-Fajr:27-30)

Ya Allah Kau ampunkanlah dosa-dosa kami baik kami sedar mahupun tidak, dan kami memohon pemilihanMu menerusi pengetahuanMu. Sungguh Kau maha mengetahui sedang kami tidak mengetahuinya. Ya Allah kami memohon kekuatan menerusi kudratMu, sesungguhnya Kau maha perkasa sedangkan kami lemah. Amin ya Allah….

~Setiap apa yang berlaku ada hikmah. Yakin pada Allah. Sabar dengan mehnah(ujian).~

Comments (8) »

Ini jalannya.

2 jalan pilihan…

Bila aku sudah jatuh cinta pada jalan yang penuh sukar ini, maka Kau tsabatkanlah hati ini dan Kau perkudakanlah telapak kaki ini. Jadikanlah cinta ini melebihi dari segala-galanya dan moga pandangan ini tertutup dari cinta dunia.

Sungguh bila aku melihat semakin ramai berusaha untuk bertajarrud dan kembali kepada fitrah manusia, hati ini sangat terharu. Kerna aku tahu kemenangan sebenar itu apabila manusia masuk Islam secara berbondong-bondong.(Surah An-Nashr). Bukannya kekalahan orang kafir dalam sesuatu peperangan. Dan kemenangan itu hanya akan diberi sekiranya kami menolong agamaMu.

Dan pabila kisah mimpi Sultan Muhammad Al-Fateh bertemu Rasulullah s.a.w. didengarkan di telinga ini, rinduku kepada baginda bertambah kuat. Aku harus bersabar menanti saat pertemuan itu. Kerna aku yakin, Kau sentiasa bersama-sama orang yang sabar.

Tatkala mata ini menatap secebis kisah perjuangan Sultan Abdul Hamid II, tak tertahan air mata mengenangkan sukarnya ujian beliau. Aku sedar betapa kerdilnya diri, apa sangatlah yang telah aku lakukan. Masih banyak kelemahan diri. Moga Kau runtuhkanlah tembok nafsu itu.

“Dia yang menurunkan kepada hambaNya beberapa ayat yang terang, supaya Dia mengeluarkan kamu dari gelap gelita kepada terang-benderang. Sesungguhnya Allah amat kasihan dan maha penyayang kepadamu” (57:9)

Terharu mendengar satu ayat dari surat cintaNya. Satu ayat yang indah yang mampu menenangkan hati. Dia yang memberikan cahaya daripada diri ini terus dibelenggu kegelapan jahiliah. Dia memberikan harapan baru yang amat bernilai. Sayang Allah….

Teringat kata2 seorang teman yang bukan muslim “Kenapalah aku tidak dilahirkan dalam keadaan yang tidak beragama? Supaya aku senang untuk memilih agama yang benar.”

Saat itu, baru diri ini tersedar betapa nikmatnya aku terus dilahirkan dalam keadaan Islam dan iman. Sedangkan mereka itu tidak pernah meminta untuk dilahirkan dalam kekafiran. Kasihan melihat mereka. Manakala hati hiba melihat muslim yang kini menjadi mangsa keadaan dek pemikiran yang telah dijajah. Dan inilah tandanya kerja kita lebih banyak dari masa yang ada.

Ini cuma satu coretan yang aku ingin luahkan, agar yang membaca tetap terus bersemangat bekerja kepada Allah dan agar diri ini juga tidak lengah/lalai dengan kesenangan. Yang pasti kita harus terus mendaki menyusuri jalan yang tidak pernah sunyi ini.

~sabar dengan mehnah~

“Wahai manusia, sesungguhnya engkau berusaha sekuat-kuat usaha sehingga menemui Tuhanmu, lalu engkau menemuiNya. (84:6)

 

Comments (1) »

love and guide me

Salam wrt..

Masuk minggu kedua sem ni. Tapi masih terasa engine ni lambat semacam. Masih mencari nikmat semangat untuk study. Beribu ayat terlintas di minda namun jari ini sukar mengungkapkannya. Futur dan hati ini kering, Astaghfirullah.

Hmm…Allah itu sentiasa mengilhamkan dua jalan. Dan sungguh bertuahlah manusia kerana diberi kebebasan untuk memilih jalan. Sweetnya Dia yang tak pernah memaksa.

Lalu Allah ilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan jalan ketaqwaan.” (91:8)

Maka fikirlah dengan akal yang rasional sehingga penghujungnya kita kembali kepada pencipta dan akan memilih kepada jalan kebaikan. Jangan tergesa-gesa kerana ianya mudah dipengaruhi syaitan.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Allah telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Seorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu dengan amalan2 sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKU, Aku akan kurniakannya dan sekiranya die meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya. (Hadis 38)”

Suka sangat hadis ni. Zas~kat hati yang tengah kering ni. Ampun ya Rabb.

oh ya Rabb, love and guide me please…..~

Banyak sangat benda belajar dan terkesan di jaulah.Insya Allah saye masih belajar dan belajar lagi. 

Pst~ Hm…tetbe teringat kat Fiza Volgo. Dah lame xjumpe.Miss u=)

Comments (1) »

super saiya

Hadis super saiya,

mereka itu ada cahaya, dan mereka di atas cahaya~
mereka itu ada cahaya, dan mereka di atas cahaya~

Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya dari kalangan hamba2 Allah ada segolongan manusia yang mereka itu bukan dari kalangan nabi2 dan bukan syuhada’. Akan tetapi, golongan tersebut sangat dicemburui oleh para nabi dan para syuhada kerana kedudukan mereka di sisi Allah.

Kemudian sahabat bertanya: Apakah ciri2 mereka?

Rasulullah bersabda: “Mereka itu segolongan manusia yang berkasih sayang dengan roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka. Dan demi Allah sesunguhnya muka2 mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia2 yang lain takut dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih.”

Ramai sedang ke sana,

malah sudah ramai bergelar mujahid. saye pula?

Oh tidak,sungguh ya Allah saye tak mahu jadi orang tertinggal……

takut untuk berbicara, kerana mungkin kata2 itu adalah dusta dan khuatir sekiranya kata2 itu juga akan melukakan hati manusia. Mohon ampun….

Tapi inilah jalannya…yang penuh dengan warna,

walau terkadang hati ini dihiris-hiris,

namun inilah die kenyataan erti hidup untuk memberi,

ia bukan utk orang manja, dan bukan juga yang sering memberikan seribu alasan.

fokus~

 WaAllahu’alam,

16 Safar 1430h,700am.

 

 

Comments (3) »